Wednesday, 11 May 2016

Diploma Sains Komputer (UiTM) in Summary

Assalammualaikum,



Okeyh berbalik kepada topic nie.. yess Im officially graduated from Diploma Sains Komputer Sains dekat UiTM Arau(okeyh forgive me for my rojak bahasa hew hew hew).

UiTM arau cantik sebenarnya.. even korang nampak macam lama dah(memang lama pun tapi kemudahan lagi banyak berbanding UiTM Jasin yang baru ni, nanti ada masa aku cerita pasal UiTM Arau lagi )

Actually pilihan sains komputer bukan dalam bidang aliran yang aku minat(masa kite key in UPU lps dpt result SPM ingt tak?)
Ikutkan semua pilihan yang aku pilih semua bkn bidang sains,yess memang aku tak minat sgt but then my mom yg sarankan utk letak atleast satu sains dalam pilihan aku.. yess aku letak kat pilihan kedua,Entah kenapa aku pilih tapi itulah yang aku dapat..

Setiap yang berlaku ade hikmahnya,
and disebabkan mama punyer saranan..aku dah nmpk hikmah aku ambil Sc Computer nie(Percaya laa Nasihat Ibu tu Berguna! Dengar cakap sister)

Diploma Sains Komputer hurmm conclusion dia,kalau korang minat bab2 nak develop sistem or main-main dengan coding nie. Ala..mula-mula memang laa susah.. lama makin okeyh kita kan belajar semua dengan pengalaman,Betul tak?

Sis nasihat kan ambil laa.Tapi kalau korang tak minat tak mak-ayah suro ambil jugak buat laa solat istikharah kih kih kih.
Nanti ada banyak cabang subjek yang akan korang belajar contoh multimedia,database, and ape lagi eh? tak ingat laa.. aku tulis benda ni time aku dah part 5 degree ahahaha .Tapi calculus tu memang tiada terpisah laa.. time aku berlajar dulu kitorang amek calcullus 1&2 je..Siap repeat lagi calculus 2 ahaaa...tapi sekarang tak tahu laaa.. jenis aku memang aku tak minat bab kira-kira ni and jenis malas nak baca-baca jugak..LOL tahulaa apa yang aku rajin.


But seronok ape,cuba bayangkan perasaan dia kalau korang buat coding berjam-rejam cari kesalahan coding tu untuk bagi dia run and then berjaya run akhirnyaa.Ya Allah macam perasaan dapat 10A time SPM kau! hahahaah over~. And lagi satu perkara biasa.. bila coding kau boleh run tapi kawan kau minta ajar..tapi kau pun tak tahu nak ajar sebab kau sendiri tak faham.. cia..cia...ciaa... =____=



Tapi ingat tak semua benda kita buat senang.. masing-masing ade kelemahan dia.Lagi bab belajar ni, kalau jenis malas macam aku perkara biasa laa kalau rasa nak berhenti semua tu (Berkat sokongan family & kawan-kawan aku tak berhenti jugak ).

Dari ape yang korang baca nampak kan aku jenis main-main time belajar? Yup aku memang suka buat keje last minute tapi alhamdulillah walaupun aku grad bukan kelas pertama tapi biasa-biasa je Alhamdulillah 3.0 someting so jangan laa pikir diploma sains komputer ni susah & don't you ever give up, dia depend dengan usaha masing-masing so kene laa rajin sikit..Kalau aku rajin time diploma dulu mesti aku dah dapat kelas pertama time grad & mungkin dan sambung degree kar oversea...huhuhuhu


Video dekat bawah tu project multimedia kami masa part 3 dulu..Kitorang kene buat clip video lagu(MV).Video ni mencerita kan kehidupan budak-budak dekat U macam mana ..pasal kawan-kawan.. cinta?..Video tu jugak laa pernah menang no berapa tak ingat competition dalam kelas laa.. 2013 masa tu.. cewahh mudanya aku .Thanks kat dayah yg upload kan video tu dulu..(kawan yang sama nama macam tak pernah dengar) :')


So tu je kot nasihat kakak nak bebel kat adik-adik yang terfikir nak ambil diploma sains komputer.. apa-apa sudi laa bertanya .ihiks sekian >w<

66 comments:

  1. kak.. saya minat dengan sains komputer ni tapi math spm dapat c je.. memang x minat math.tapi produksi multimedia dapat A and org kata course ni susah nak dapt kerja.. yeke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lambat reply. So far pengalaman baru setahun kerja dalam bidang IT ni bidang ni lah yang rasanya paling banyak pekerjaan tak percaya try tgk kat jobstreet/Linked-in confirm byk opening. Saya sendiri pun dah 3 kali tukar2 kerja. Mungkin sebab tak ngam and nak cepat lompat gaji. Tapi jangan ikut perangai ni 😂😂😂. Rezeki masing2 yg penting kita minat apa yg kita belajar tu 😊😊😊

      Delete
    2. hi! saya nak tanya if saya from dip in comp science and nak sambung degree in networking, berapa credit yg potong ya and saya boleh lompat berapa sem?

      Delete
  2. assalam kak. course nie memang kena ada lulus math eh ? sebab saya takut tak dapat kuasai course nie oleh kerana math saya always failed hahaha sometimes cukup2 makan jekk . hmm , agak2 boleh bawa tak course nie eh ? seriuos tak susah kee ? but saya minat gila dgn IT , hmm macam mana yee kak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm,Maaf yee lambat reply. Alamat susah tu kalau lemah math sebab kos ni ade kos 'calculus'(Macam add math tapi lagi advance).Time kita dulu ade 2 sem utk subject ni.Calculus 1 & Calculus 2.But untuk diploma sc comp uitm sekarang tak sure still ada ke tak subject tu.

      Update last dari junior dulu diorang cakap calculus wajib amek Calculus 1 je,Calculus tu takde dah :)

      Delete
  3. hi, saya baru lepas ambik spm and dah fikir-fikirlah macam nak ambik course computer science, anybody here can give me some useful advice or can contact me personally tak ? my email : allyshazullhizam@yahoo.com.sg
    banyak soalan nak tanya pasal course ni hahaha thankyou !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Alanna. Nasihat Kita satu je pasal kos ni. Kalau minat ambil. Kalau tak minat jangan. Sebab kalau kita minat, kita akan cenderung untuk latih diri kita untuk mahir bidang tu.Lagipun,banyak jugak bidang boleh pergi utk IT,tak semestinya grad nanti jadi Programmer je hahaha Good Luck!

      Delete
  4. Assalam..klau spm dpt 3a 5b 3c ada pluang dpt kos ni x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,Inshaa Allah boleh sebab syarat minima nak masuk UiTM atleast 5kepujian. Sebab dulu ada kawan yg result sama jgk 3a 5b 3c. Dapat Dip Sc Comp then dia proceed Ijazah. Now dia dah jadi IT Engineer. Hee semua rezeki cuma kene usaha sikit je.Good Luck !

      Delete
  5. salam kak saya spm2018 dan ada keliruan pasal penempatan uitm tu,sy mohon diploma sains komputer dan saya mahu masuk tempat yg sama dengan rakan saya.adakah penempatan tu rawak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, untuk yg ni saya tak pasti macam mana sistem penempatan student uitm. Tapi saya rasa penempatan tu rawak sebab saya orang Selangor tapi dapat Uitm Perlis. Padahal ada je yg terdekat dekat UiTM Perak and ada kawan sekolah yang dapat kat situ jugak so tak pasti yang ni

      Delete
  6. kalau kita tak amik course sains komputer ni kat sekolah tapi nak try sambung diploma sains komputer boleh ke? adakah dia belajar dari basic semula?

    ReplyDelete
  7. Boleh je, saya pun dulu dari sekolah course sains pemakanan yang tak ada apa2 basic pun pasal coding. Yang penting cukup menepati syarat minima dah boleh apply dah Good Luck!

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum,pada pendapat kak,untuk jadi software engineer,saya patut ambil matrikulasi atau diploma???Then barulah saya teruskan untuk degree software engineering.Sebab kalau saya ambil matrikulasi semuanya ditanggung oleh pihak matrikulasi kan?Tapi kalau saya ambil diploma pula,saya risau pasal kos bayaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam,kalau bab matrikulasi ni saya tak pasti yuran ke kos dia macam mana . Tapi apa yang saya tahu,tak jauh pun beza pun sebab kalau yang dari matrik(habis on time) then sambung ijazah kos uitm, yang dari matrik akan habis dulu 6 bulan awal kalau nak banding dengan yang ambil diploma then amek ijazah uitm).Dari yuran pulak(course sains komputer) yuran universiti lain kalau diploma ade jgk yang beribu untuk satu sem. Tapi kalau uitm zaman saya dulu paling mahal pun yuran sem pertama 600 lebih tak silap then sem seterus nya makin murah.

      Delete
  9. Assalamualaikum kak..nk tnya sikit.. Spm saya dapat 5A 3B 1D(edmet)..saya letak dip sc comp plihan first upu.. Agak2 ada pluang cerah tak nk dpt course ni?.. Saya takut walaupun math saya A tpi edmet saya D.. Duk takut2 lgi nih mnunggu kputusan upu..agak2 boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tpi subjek sains saya yg lain mcm fiz kimia bio tu.. Smua B+.. Saya saja tanya.. Sbb saya btul2 minat bab2 sains komp nih.. Sorry klau curious sngt nk tahu

      Delete
    2. Insyallah awak dpt,sedangkan saya result cukup" pun dpt hmm,btw Im just scroll this comment then trjumpa ur comment .Im glad that I found someone yg sama course dgn I huhuhu bcause Im lookin someone yg sama course dgn saya sobsobsob

      Delete
    3. Saya pun dapat course cs ni tapi takut nak masuk sebab math dengan addmath tak pro mana pun :(

      Delete
    4. Hai saya pelajar kelas sastera tapi aliran Sains komputer. Pelik bkn? Tapi allhamdulillah saya dpt diploma SC even dpt 2A 5B 1C 1E(perakaunan). huehue

      Delete
    5. Hi waalaikummussalam,Hee.. takpayah risau kalau Addmath ke math lemah sebab saya dulu pun AddMath time sekolah pernah gagal lagi. Tapi Alhamdulillah lepas SPM and dpt SC Comp. Yang penting kita usaha dari apa yang kita lemah tu :)

      Untuk Account pun SC Comp Sem 1 dulu ada jugak belajar(Mungkin sebab tak pernah study saya rasa susah Acc. Tapi lepas jugak akhirnye.. Yang penting jangan pernah give up study walaupun kita lemah. GoodLuck !

      Delete
  10. Assalam saya baru dapat tawaran dip cs ni ,skarang saya berkira" nak amik ke tak sbb saya pun dpt rasa seronok bila tgok movie org duk solve coding so saya rasa nk buat .cs saya adlh plihan yg ketujuh dan saya pun dpt uitm Arau...skrang klau boleh saya nak tau ad tak degree nk smbung cs ni dan ap yg susah sng best sbb saya tkde addmath akau or wht saya cuma ad nath bese itupun dpt C tu saya risau kalau" saya lmbat pick up masa blaja ke mcm mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam,Hee betul seronok bila kita dapat solve and siapkan coding tu.Ijazah sains komputer untuk UiTM ada banyak, Awak boleh tengok dekat https://online.uitm.edu.my/degree.cfm bahagian "FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK ". Nanti kalau ada masa saya update untuk ijazah sains komputer pulak. Kalau awk risau awk lambat pickup lecturer mengajar, awak boleh je kejar dorg selain waktu kelas untuk tanya apa2. Study group ngan kawan-kawan ke pun seronok belajar. :)

      Delete
  11. hai saya nak tanya diploma sains komputer berapa tahun dan setiap semester tu berapa bulan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, Kalau untuk UiTM tak silap saya 5 bulan satu sem :)

      Delete
  12. Aku dpt 2A 5B 1C 1E. Allhamdulillah dpt even perakaunan E.. Hehehe

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum kak, nak tanye utk dip sains komp ni ape je keperluan yg kite kne sdiakan selain laptop,and laptop tu perlu ke yang 8gb ram ke atas atau laptop biase biase je,lagi satu, kalau belajar diploma SC kt uitm ni fully english ke? Sbab saye ni x brape mahir sangat pasal english ni ...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun nk tanya soalan yg samanjgak ni. .. Laptop spec mcm mana diperlukan. .

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  14. Hi kak. Alhamdulillah sy dpt course diploma SC ni kt uitm kota samarahan 2. Nk tanya, course ni ada spec requirements dia yg trtentu kaa utk laptop?

    ReplyDelete
  15. Hi kak saya nak tanya bulan first msuk uitm sains komputer kena pkai laptop ka? sbb duit x ckup lagi nak beli laptop yg sesuai kena tunggu sebulan baru dpt laptop baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi kalau takdapat beli laptop lagi pun tak apa.awal2 sem ada jugak yang tak ada laptop untuk sem pertama. Tapi ada je lab yang uitm provide/cyber cafe untuk student-student buat kerja. Kumpul duit pelan2 nanti dah cukup boleh beli laptop yang bagus terus 😊

      Delete
  16. Hi akak, Blh sy minta course outline utk Calculus II(MAT233) ?

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum nak tnya klu kita x minat IT n buta IT ada peluang cerah dak nak pergi jauh dlam bidang tu?pastu klu kita x ambik admath bleh kaa klu nak ambik kos ni?lgi pun math kita ckup2 mkan jha bleh kaa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi. maaf ye tuan punya blog sy jawabkan. x ambik addmath pun boleh ambik kos ni. U better have passion to survive/develop dlm your career. tp x mustahil bila awk start belajar dlm bidang ni, baru awk rasa minat and seronok.

      Delete
  18. Asalamualaikum nak tanya... Bolehka aliran sastera masuk dip sc??

    ReplyDelete
  19. Aliran sastera macam kami ni boleh ambik diploma sains komputer tak? Please reply, this will be my life-changing action...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi aliran apa tak penting pun rasanya.Yang penting awak meet requirements yang SC computer Uitm tetapkan. Ramai jugak kwn saya dari aliran lain mcm account tapi berjaya dalam course ni. Goodluck!

      Delete
  20. Assalam... Nk tnya calculus tu susah mcm addmath ke sbb saya lemah sgt addmath tp math saya ok so saya patut lebih tumpu pd addmath or math saja pon dh memadai?

    ReplyDelete
  21. Akak, untuk ambil course ni, dia kena subjek apa je kredit? math dengan sains komputer saya okay dapat A ... tapi saya punya addmath,fizik and kimia tidak okay...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak tolong answer..utk course komputer ni tk sush syarat..math saja kredit dan 3 subjek lain kredit..fizik kima tkpe klau tkde..klau ade bonus..

      klau adik2 ade ambik STAM Lulus STAM dengan gred minimum MAQBUL.

      STPM gred atleast.2.00..
      nak details wsp la sis 011-16930576

      Delete
  22. Assalamualaikum kak sy nk tanye macam mane kalau BI sy dapat D je? Ni sy pinjam akaun mk sy ni,hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tolong jwb...bole dik..asalkan math kredit

      Delete
  23. Assalamualaikum sis. S aya form 5 tahun ni and saya berminat nak masuk Sains Komputer ni sebab saya mmg cenderung ke arah tu. S aya pandai buat video, cenimatik, edit, kadang kadang tu hack software ( YA ALLAH JAHATNYA AKU, HAHAHA ) so saya nak tahulah, yang belajar sains komputer time sekolah menengah je ke yang boleh ambil jurusan ni? Saya kelas Sains Tulen now and saya minat mengira, cuma subjek sebjek yang sains tulen tu x beberapa nak okeylah lagi lagi Biologi dan Addmaths. ermm sis saya nak ambil jurusan ni and saya excited bila dapat tahu yang bidang ni belajar tentang komputer, sebb saya minat komputer so much! Lagipun di sekolah saya adalah Photographer and editor untuk sekolah. And saya pernah masuk pertandingan video pendek and alhamdulillah menang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tolong answer.bgusnya dik byk skill awak brguna tu..utk bidg ni perlu kredit math dan 3 sbjek lain...n bole wsp sis utk tanya 011-16930576

      Delete
  24. salam sis, saya dapat G addmath. boleh ke saya survive dalam course ni? sebab saya nak amik course ni tapi takut tak boleh bawak calculus. calculus lagi susah daripada addmath kan. lagipun sejak f4 saya asyil G je addmath. HARAP SIS DAPAT JAWAB😭😭

    ReplyDelete
  25. Hi assalamualaikum,sis saya rasa ramai nak tahu,subject apa yang Kita perlu kuasai kalau Kita amik it Masa di universiti?please help us sis,since sekarang quarantine,this is our time untuk study(sebab Tak boleh kerja kan?)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tolongjwb..kuasai math..stats..dan ilmu internet..english juge.

      Delete
  26. hai.bgus blog ni..menarik pengisian..anyway akak nak share ye..sbb akak jaga program..klau adik2 nak msuk teknolgi maklumat ni..make sure kredit math dn 3 subjek lain...

    dan ade info..bole share..ade intake nov 2020 utk diploma pendidikan awal kanak kanak program kerjasama UPSI-2 tahun...syarat lulus math dn bi..bole mohon.

    dan jika nak mohon utk nursing dan farmasi di widad university.bole wsp trus

    011-16930576.

    ReplyDelete
  27. soft reminder...adik2 klau dpt bljr kt mana pun..kene igt utk selalu berusaha k..awak bljr u ke..poli ke...ilp ke..kalau awak rajin rajin usaha dan banyak ilmu sure dpt kerje bagusnya..percayalah!

    ReplyDelete
  28. Bole ke nak amik course ni kalau gagal addmath ?

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum sis boleh saya tahu lama web ilmiah tentang pembelajaran sains komputer ni sebab saya dapat sambung belajar dalam course ni dekat uitm saya nak study tentang course ni sebelum saya masuk u..sebab dah search dalam google semua x jumpa tentang pembelajaran course ni.

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum kak sya nk tanya laptop apa yeee yg sesuai dgn diploma sains komputer???

    ReplyDelete
  31. Aslm kak, SPM sy dpt 3A 4B 1C, Math sy dpt C+ je, agak2 blh dpt tak course ni? Please reply

    ReplyDelete
  32. Salam kak saya form 4 tak study sebab saya lompat dari form 3 ke form 5,sebab dulu saya tahfiz jadi saya spm kene umur 17 ,nak Tanya aliran ape yang patut saya amik😞 saya takut jugak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, kes adik ni sama macam adik saya tahfiz jugak cuma dia dari form 1-4 lepas tu terus masuk sekolah biasa ambil SPM tanpa ambil PMR. Awal-awal saya nampak dia struggle jugak untuk tangkap semua benda. Tapi alhamdulillah dia berjaya buktikan dia boleh dan dia sekarang dah bejaya tamat pengajian di kolej dan dah berjaya jadi IT Support(sebab dari dulu memang minat dia pasal software and hardware computer).

      Sebenarnya jawapan tu dah ada dekat diri kita sendiri, apa yang kita minat nak buat di masa hadapan.
      Sebab kita yang akan menentukan masa depan kita sendiri bukan orang lain.
      Yang penting pilih kerjaya ikut kita minat dan jangan terikut trend orang pilih ni, aku pun kene pilih ni. Jangan ya.
      Supaya nanti dah kerja pun seronok je dan ada arah tuju kerjaya.


      Harap nasihat saya ni membantu adik-adik diluar sana. Maaf ya saya tak reply komen-komen semua. Saya doakan semua berjaya dengan cita-cita masing-masing yang penting jangan mudah putus asa.����

      Delete
  33. assalam kakak taun nie sya akn mengambil spm,sya mmg dh lma mint science komputer tpi taun nie sya ambil aliran perniagaan di dlm kelas sya,adkh msih ada peluang untuk sya masok science komputer ?

    ReplyDelete
  34. Kak saya baru dpt result spm. Saya aliran sastera. Result saya cemerlang semua A kecuali bhs inggeris D. Layakkah sy ambil sains computer uitm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. english yang penting. kalau awak dpt sekali pun nnti nak sambung degree stuck. sebab UiTM memang mementingkan penguasaan bahasa inggeris, lecture pun in english and etc. saya cadangkan awak repeat paper BI. saya cadangkan juga awak tengok video utube channnel "abdul muiz ruslee" video yang apa nk buat bila BI tak credit.

      Delete
  35. Hi akak, saya nak tanya dkt uitm cabangan sains com ade cybersecurity tak?

    ReplyDelete
  36. Assalam kak, dulu time SPM saya tk amik subjek Acc, so skrg saya langsung tkde basic, tpi kt website sebelah kata subjek Acc mmg ade. Betul ke? And kalau ade, perlu ke saya belaja Acc siap²?

    ReplyDelete
  37. Salam kak nak tanya masa akak mula² masuk tu akak dah pernah belajar ke coding or apa² yg ada kaitan dgn sains komputer and masa kat diploma tu math yg diajar statistic and algebra ehh???

    ReplyDelete
  38. assalamualaikum kak, saya dah dpt tawaran sains komputer dkt uitm. akak ada suggestion tak untuk saya start belajar sendiri supaya lebih mudah faham bila class start nanti. saya totally zero pasal sains komputer tapi letak jugak sains komputer dekat upu

    ReplyDelete

 

HidayahHana ✿◕ ‿ ◕✿ Template by Ipietoon Cute Blog Design